
Seramai 10,488 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya mendapat keputusan Gred cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diambil.. keputusan yang terhasil ini adalah yang terbaik senjak 2006.. turut difahamkan seramai 403 orang pelajar telah berjaya melakar sejarah dalam kehidupan mereka dengan mencatat semua A+ didalam peperiksaan ini.. syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka dan sekalung tahniah kepada insan-insan yang berada disebalik kejayaan meraka terutama kepada kedua Ibubapa mereka dan para guru.. sesungguhnya kejayaan pelajar-pelajar lebih manis bagi mereka yang berusaha mendidik dan yang sering memberi sokongan kepada pelajar-pelajar....
Disebalik kejayaan ini, terdapat perkara penting yang perlu diambil berat oleh pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pengajian keperingkat yang lebih tinggi.. perkara yang perlu diambil perhatian ialah berkenaan dengan masalah sosial ditempat pembelajaran yang bakal menjadi destinasi pendidikan baru kepada lepasan SPM... kepada bakal-bakal mahasiswa yang saya lihat sangat teruja untuk melanjutkan pelajaran, mereka perlulah peka terhadap pemilihan tempat kerana saya melihat faktor tempat menjadi punca bakal mahasiswa ini menjadi golongan remaja yang rosak.. daripada pengamatan saya, pada awalnya pelajar (sesetengah pelajar) yang hadir ke universiti, politeknik, institut kemahiran, institut profesional, kolej atau tempat pengajian lain adalah atas dasar ingin menuntut ilmu, tapi yang amat mengecewakan apabila dipertengahan kesungguhan dan keinginan ini, ianya menjadi punca kepada isu keruntuhan akhlak..

saya harap bakal mahasiswa, pelajar-pelajar lepasan SPM dan saya kira sebagai adik-adik mampu memilih jalan yang tepat untuk menjamin kejayaan dimasa hadapan.. teruskan perjuangan... pergilah dengan harapan dan pulanglah dengan kejayaan... salam kejayaan dari saya.. wassalam...
.:: Muhammad Ghazawi Zulkarnain::.
.:: Mahasiswa UNISEL::.
.::eduinmyeyes::.
No comments:
Post a Comment