Seramai 10,488 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya mendapat keputusan Gred cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diambil.. keputusan yang terhasil ini adalah yang terbaik senjak 2006.. turut difahamkan seramai 403 orang pelajar telah berjaya melakar sejarah dalam kehidupan mereka dengan mencatat semua A+ didalam peperiksaan ini.. syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka dan sekalung tahniah kepada insan-insan yang berada disebalik kejayaan meraka terutama kepada kedua Ibubapa mereka dan para guru.. sesungguhnya kejayaan pelajar-pelajar lebih manis bagi mereka yang berusaha mendidik dan yang sering memberi sokongan kepada pelajar-pelajar....
Disebalik kejayaan ini, terdapat perkara penting yang perlu diambil berat oleh pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pengajian keperingkat yang lebih tinggi.. perkara yang perlu diambil perhatian ialah berkenaan dengan masalah sosial ditempat pembelajaran yang bakal menjadi destinasi pendidikan baru kepada lepasan SPM... kepada bakal-bakal mahasiswa yang saya lihat sangat teruja untuk melanjutkan pelajaran, mereka perlulah peka terhadap pemilihan tempat kerana saya melihat faktor tempat menjadi punca bakal mahasiswa ini menjadi golongan remaja yang rosak.. daripada pengamatan saya, pada awalnya pelajar (sesetengah pelajar) yang hadir ke universiti, politeknik, institut kemahiran, institut profesional, kolej atau tempat pengajian lain adalah atas dasar ingin menuntut ilmu, tapi yang amat mengecewakan apabila dipertengahan kesungguhan dan keinginan ini, ianya menjadi punca kepada isu keruntuhan akhlak..
Kehidupan tidak sihat ini semakin KRITIKAL... Kini semakin ramai mahasiswa-mahasiswa yang sedia ada menjadi golongan yang rosak dan terbabas disebabkan tempat yang dipilih dilihat mampu menarik kearah kehancuran.. tetapi ingin saya tegaskan, tidak semua mahasiswa sedia ada terbabas, tetapi segelintir.... nasihat saya adalah, sekiranya pelajar-pelajar ini meneruskan pengajian, pastikan tempat yang dipilih adalah bersesuaian... jangan disebabkan kualiti tinggi sesebuah institusi pendidikan menyebabkan pelajar-pelajar ini hanyut dalam zaman remaja yang mereka lalui.. ibubapa perlu menyelidik latar belakang tempat pendidikan anak-anak mereka bagi memastikan anak-anak mereka yang dihantar berjaya menempuh kejayaan yang baik.. kepada pelajar-pelajar, saya menasihatkan kepada kalian supaya kuatkan jati diri, teguhkan iman dan gunakan akal.. sekiranya kalian mempunyai jati diri yang baik, insyaALLLAH anda dapat mengatasi masalah sosial ini.. pilih kawan yang betul dan hidarkan diri dari terjebak dengan gejala tidak sihat mungkin sebagai satu langkah bijak bagi memelihara diri anda untuk berjaya di dunia pengajian tinggi...
saya harap bakal mahasiswa, pelajar-pelajar lepasan SPM dan saya kira sebagai adik-adik mampu memilih jalan yang tepat untuk menjamin kejayaan dimasa hadapan.. teruskan perjuangan... pergilah dengan harapan dan pulanglah dengan kejayaan... salam kejayaan dari saya.. wassalam...
.:: Muhammad Ghazawi Zulkarnain::.
.:: Mahasiswa UNISEL::.
.::eduinmyeyes::.