Wednesday, 23 March 2011

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)


PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)


            Mengikut Akta Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru (IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di Sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak Sekolah, ibubapa dan komuniti setempat. Sehubungan itu setiap ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah perlulah melibatkan diri dan bergerak aktif dalam PIBG dan aktiviti-aktiviti yang dijalankannya. Sebagaimana yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa – Guru) 1998, penubuhan PIBG adalah untuk membantu sekolah dalam kebajikan dan kemajuan pendidikan pelajar bagi meningkatkan imej sekolah. 

            Selain itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana Sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di Sekolah. Tanpa Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) ini, sekolah dilihat tempang kerana tiada sokongan daripada pihak luar. Oleh, itu Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) dan juga pihak sekolah diberi tanggungjawab dalam memastikan agenda sekolah berjalan lancar dibawah satu hubungan yang akan memberi kebaikan kepada pelajar sekolah dan pihak sekolah.

            Tujuan PIBG ditubuhkan dapat dilihat dari perlbagai sudut dan aspek. Tujuan pertama adalah menyediakan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar dalam Sekolah bagi meningkatkan imej Sekolah. Tujuan seterusnya untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka. Selain itu ialah untuk membolehkan PIBG dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan. 

Tujuan berikutnya untuk memberi peluang kepada PIBG dalam Sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya. Dan akhir sekali adalah untuk membolehkan PIBG dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran 

PERANAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU DISEKOLAH (PIBG)
Peranan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) disekolah sangat besar dan merangkumi pelbagai aspek. Dalam peranan menjaga kebajikan murid disekolah, Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) bertanggungjawab membantu murid dalam semua aspek terutama di dalam akademik dan kokurikulum. Selain itu, Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) juga berperanan memajukan perkembangan serta kebolehan murid di sekolah. Setiap kebolehan dan kemampuan murid perlu dimajukan oleh Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) dan juga pihak sekolah. Sekiranya peranan ini tidak dijalankan oleh Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG), kebajikan murid-murid mungkin terabai seterusnya akan menyebabkan berlakunya masalah kepada murid, contohnya masalah menurunan prestasi dalam akademikan dan kokurikulum.
Peranan seterusnya ialah bertanggungjawab menambah sumber kewangan sekolah. Peranan ini penting kerana dengan sumber kewangan ini pengurusan sekolah boleh menanbah kemudahan yang ada. Kewangan yang diberikan juga boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk meningkat infrastruktur sekolah. Kemudahan-kemudahan yang rosak serta tidak boleh digunakan lagi perlulah diganti dan ini memerlukan bantuan kewangan dan peruntukan dari Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG). Kegagalan persatuan mendapatkan dan memberikan peruntukan kewangan boleh menyebabkan mutu sesebuah sekolah jatuh

Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) juga berperanan meningkatkan kemesraan serta menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara pihak sekolah dan juga dengan masyarakat sekitar. Hal ini kerana penubuhan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) bukan hanya bertindak didalam persatuan sahaja, malah Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) ini bertindak di luar persatuan. Persatuan ini merupakan mata-mata atau pemerhati kepada pihak sekolah dalam menjaga hubungan baik dengan pihak ibubapa.
Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) juga menjadi orang tengah kepada ibubapa dan juga pihak sekolah dalam menyelesaikan masalah yang berkitan. Selain itu juga persatuan ini bertindak menjadi penghubung kepada ibubapa terhadap pihak sekolah. Sekiranya Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) hanya menjadi pemantau kepada pihak sekolah tanpa membantu, ini akan menyebabkan kekuatan sesebuah sekolah menjadi tempang dan akhirnya mendatangkan kesan buruk terhadap pihak sekolah dan juga kepada murid.
Selain itu, peranan utama Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) ialah meningkatkan keceriaan primis sekolah agar dapat mewujudkan suasana serta persekitaran yang kondusif dan selesa bagi menjayakan aktiviti pengajaran dan membelajaran. Sekiranya Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) tidak memainkan tanggungjawab terhadap peranan ini, murid akan mengalami masalah serta gangguan terhadap proses pembelajaran. Persatuan ini perlulah memastikan persekitan sekolah sesuai dan selesa kepada murid dan bersedia untuk bertindak sekiranya terdapat masalah yang menganggu Suasana kondusif disekolah.  

Peranan seterusnya yang berkaiatan dengan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) ialah mengelola dan mengatur kegiatan persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan persekutuan tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Menyuarat Agung Tahunan. Perkara ini termaktub didalam Akta Pendidikan 1996. Peranan ini dilihat sebagai pelonjak kepada persatuan supaya bergiat aktif dan sentiasa bergerak dalam membantu meningkatkan prestasi pihak sekolah.


:::-muhd ghazawi-:::
:::-mahasiswa UNISEL-:::
:::-eduinmyeyes-:::

2 comments:

  1. https://youtu.be/FiJXfLysa8M

    ReplyDelete
  2. Salam
    Mohon izin dikongsikan info dalam tulisan ini bersama-sama program Bacaton Uncang Ilmu Mudik ke Hulu

    ReplyDelete